Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang
lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: “aku turut bahagia
untukmu.” Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan
kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga,
kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai
mengalir selamanya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak
berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga
memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta tak kan dtg jika km menunggu seseorang yg sempurna. Tetapi cinta
akan dtg jika km dpt menerima ketidaksempurnaan seseorang dan mencintainnya dgn
cara yg sempurna.
